Wakaf Tunai Khas Perkhidmatan Air (Wakaf Air) merupakan produk wakaf khas yang diwujudkan di bawah Wakaf Tunai Malaysia YWM, kerjasama antara YWM dan Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA).
Wakaf Air adalah pendanaan alternatif bagi membiayai projek perkhidmatan air berskala kecil yang merangkumi sumber air, bekalan air dan pembetungan yang tidak dicapai oleh operator air dimana kos tidak melebihi RM50,000.00 untuk Semenanjung Malaysia manakala untuk Sabah Sarawak tidak melebihi RM75,000.00.
Riwayat Muslim
Wakaf Air bertujuan mengumpul dana wakaf bagi membiayai projek-projek perkhidmatan air berskala kecil bernilai di bawah RM50,000.00, antaranya:
Majlis-Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) adalah pemegang amanah tunggal bagi semua harta wakaf sebagaimana yang dinyatakan menerusi akta/enakmen perundangan Islam di negeri-negeri. Sebagai pemegang amanah tunggal, MAIN mempunyai kuasa untuk:
a) Wakif (pewakaf).
Di antara syarat-syarat pewakaf adalah:
b) Mawquf (harta yang diwakafkan).
c) Mawquf âAlaih (penerima wakaf).
d) Sighah (penyataan wakaf).
Lafaz soreh:Â lafaz yang jelas membawa maksud yang tertentu sahaja seperti âSaya mewakafkan rumah saya untuk orang-orang fakirâ.
Lafaz kinayah:Â lafaz yang membawa banyak maksud seperti âHartaku adalah sedekah kepada fakir miskinâ.
Tiada maklumat akan dikemaskini
Harta yang boleh di wakafkan (alwawquf):
a) AL-QURAN
Surah Al-Baqarah, ayat 261:
Bermaksud:
Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.
Surah Ali âImran, ayat 92:
Bermaksud:
Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sehahagian dari apa yang kamu sayangi. Dan suatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.
b) HADITH NABAWIYAH
Dari Abu Hurairah RA., sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
âApabila mati anak Adam, akan terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak yang soleh yang mendoakannyaâ
Hadith Riwayat Muslim
Hadith dari Ibni Umar r.a.
Hadith dari Ibni Umar r.a. dia berkata: Umar telah mendapat sebidang tanah di Khaibar lalu dia datang kepada Nabi s.a.w untuk minta pandangan tentang tanah itu, maka katanya yang bermaksud:
âWahai Rasulullah sesungguhnya aku mendapat sebidang tanah di Khaibar, di mana aku tidak mendapat harta yang lebih berharga bagiku selain daripadanya, (walhal aku bercita-cita untuk mendampingkan diri kepada Allah Azzawajalla) apakah yang hendak engkau perintahkan kepadaku dengannya?â
Maka sabda Rasulullah s.a.w kepadanya yang bermaksud:
âJika engkau hendak tahanlah (bekukan) tanah itu, dan sedekahkan manfaatnya.â
Maka Umar pun sedekahkan manfaatnya dengan syarat tanah (maukuf) itu tidak boleh dijualbeli, tidak dihibahkan (beri) dan tidak diwariskan (dipusakai). Tanah itu diwakafkan ke atas fakir miskin, kaum kerabat, memerdekakan hamba sahaya, sabilillah, ibnissabil dan tetamu. Dan tidak ada halangan bagi orang yang menguruskan (yang diberi kuasa menjaganya yakni Nazir) untuk mengambil upah sebahagian darinya dengan cara yang wajar dan mengambil upahnya tanpa menganggap bahawa tanah itu miliknya sendiri.
c) IJMAâ
Enakmen-enakmen Negeri Berkaitan dengan Pentadbiran dan Pengurusan Wakaf
BIL. | NEGERI | ENAKMEN NEGERI |
---|---|---|
1. | Pulau Pinang | Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Pulau Pinang) No. 4 Tahun 2004 |
2. | Pahang | Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam (Pahang) No. 3 Tahun 1991 |
3. | Kelantan | Enakmen Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu (Kelantan) No. 4 Tahun 1994 |
4. | Terengganu | i. Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam (Terengganu) No. 2 Tahun 2001 ii. Enakmen 1/2016, Enakmen Wakaf (Terengganu) 2016 |
5. | Melaka | i. Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Melaka) No. 7 Tahun 2002 ii. Enakmen Wakaf (Negeri Melaka) No. 5 Tahun 2005 |
6. | Wilayah Persekutuan | Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) Akta 505 Tahun 1993 |
7. | Negeri Sembilan | i. Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Sembilan) No. 10 Tahun 2003 ii. Enakmen Wakaf (Negeri Sembilan) No. 5 Tahun 2005 |
8. | Sabah | i. Enakmen Perbadanan Baitulmal (Sabah) No. 11 Tahun 1998 ii. Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam (Sabah) No. 13 Tahun 1992 iii. Enakmen 5 Tahun 2004, Enakmen Majlis Agama Islam Sabah 2004 |
9. | Selangor | i. Enakmen Wakaf (Negeri Selangor) No. 7 Tahun 1999 ii. Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) No. 1 Tahun 2003 iii. Perintah Penubuhan Perbadanan Wakaf Selangor 2011 iv. Enakmen 15 Tahun 2015, Enakmen Wakaf (Negeri Selangor) 2015 |
10. | Perlis | Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perlis) No. 4 Tahun 2006 |
11. | Perak | i. Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perak) No. 4 Tahun 2004 ii. Enakmen 9 Tahun 2015, Enakmen Wakaf (Perak) 2015 |
12. | Kedah | Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam (Kedah) No. 5 Tahun 2008 |
13. | Johor | i. Kaedah-Kaedah Wakaf 1983 ii. Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Johor) No.16 Tahun 2003 |
14. | Sarawak | Ordinan Majlis Islam Sarawak Ordinan 41 Tahun 2001 |